NILAI PEROLEHAN JUALAN TAHUNAN (THRESHOLD)
Threshold dikira berasaskan nilai perolehan jualan tahunan. Maksud "perolehan jualan tahunan" ialah perolehan jualan atas perkhidmatan yang bercukai perkhidmatan dalam tempoh dua belas bulan atau sebahagian daripada dua belas bulan.
Nilai jualan perolehan tahunan untuk menentukan threshold bagi tujuan pelesenan dikira seperti berikut :-
1. Bermula dari tarikh perniagaan dijalankan dalam tempoh mana-mana satu bulan.
2. Diambil kira atas nilai caj keseluruhan perkhidmatan bercukai.
3. Mencampur nilai perolehan jualan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dalam satu kumpulan yang sama dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975. Contohnya seorang pemegang lesen menyediakan perkhidmatan akauntan dan pengurusan. Kedua-dua perkhidmatan tersebut disenaraikan dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan G. Nilai perkhidmatan daripada caj perkhidmatan akauntan dan pengurusan hendaklah dicampur untuk menentukan threshold.
4. Jika pemegang lesen menyediakan dua perkhidmatan dari dua kumpulan yang berlainan, pengiraan threshold hendaklah dikira berasingan. Contohnya hospital persendirian menyediakan perkhidmatan bilik penginapan dan makanan, di bawah Kumpulan F, dan perkhidmatan tempat letak kereta dibawah Kumpulan G. Nilai perolehan jualan dari kedua-dua kumpulan ini tidak dicampur, sebaliknya dikira secara berasingan untuk menentukan threshold kedua-dua perkhidmatan tesebut.
BAYARAN LESEN
Lesen cukai perkhidmatan tidak dikenakan apa-apa bayaran.
MEMPAMERKAN LESEN
Pemegang lesen hendaklah mempamerkan lesennya di tempat yang selamat dan mudah dilihat di premis perniagaannya.
TANDATANGAN PERMOHONAN LESEN
Permohonan lesen hendaklah ditandatangani ole tuan punya, pengarah, setiausaha atau mana-mana orang yang dilantik dan bertanggungjawab menerima notis atau lain-lain dokumen bagi pihak badan tersebut mengikut mana yang berkenaan. Bagi syarikat perkongsian pula, permohonan hendaklah ditandatangani oleh semua pekongsi.
PERLESENAN SUKARELA
Syarikat boleh memohon lesen cukai perkhidmatan secara sukarela dalam keadaan berikut :-
1. Syarikat yang telah menjalankan operasi perniagaan perkhidmatan bercukai tetapi belum mencapai threshold seperti yang ditetapkan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975, atau.
2. Syarikat bercadang hendak menjalankan perniagaan bercukai.
LESEN BERPUSAT
Syarikat yang mempunyai beberapa cawangan perniagaan, lesen cukai perkhidmatan berpusat dibenarkan jika :-
1. Cawangan tidak menyelenggarakan sebarang rekod.
2. Semua urusan mengeluarkan dan mengawal invois, resit, pembayaran dan akaun diselenggarakan oleh ibu pejabat syarikat.
3. Cawangan ditubuhkan hanya sebagai saluran jualan sahaja.
Pembayaran cukai perkhidmatan bagi lesen berpusat hendaklah dibayar oleh cawangan yang berfungsi sebagai Ibu Pejabat.
PEMBATALAN LESEN
Tiap-taip pemegang lesen hendaklah menyerahkan lesennya ke Pejabat Kastam di tempat lesennya dikeluarkan untuk pembatalan apabila :-
1. Berhenti menyediakan perkhidmatan atau perniagaan bercukai.
2. Menjual perniagaan dan diambil alih oleh orang lain, untuk dibatalkan dan dikeluarkan lesen perniagaan baru kepada pemilik baru di bawah seksyen 8 atau 8A Akta.
3. Diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah Kastam.
Syarikat yang telah dilesenkan di bawah seksyen 8(1) Akta Cukai Perkhidmatan 1975, bolhe memohon pembatalan lesen cukai perkhidmatan jika jualan perolehan tahunannya menurun atau kurang daripada threshold yang ditetapkan untuk perlesenan cukai perkhidmatan.
PINDAAN LESEN
Tiap-tiap pemegang lesen dikehendaki menyerahkan lesennya ke Pejabat Kastam di tempat lesen dikeluarkan untuk pindaad apabila :-
1. Berlaku pertukaran, pengurangan atau pertambahan rakan kongsi.
2. Menambah jenis perkhidmatan baru atau menamatkan sebahagaian perkhidmatan.
3. Nama syarikat atau perniagaan berubah.
4. Alamat perniagaan berubah.
5. Diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah.
TEMPOH BERCUKAI
Tempoh bercukai ditetapkan dua bulan bagi setiap satu tempoh murlai dari tarikh lesen berkuatkuasa. Contohnya, jika lesen dikeluarkan dan berkuatkuasa pada bulan Januari, tempoh bercukai bagi syarikat itu ialah Januari-Februari, Mac-April, Mei-Jun, Julai-Ogos, September-Oktober, November-Disember. Jika pemegang lesen tidak mendapat bayaran selepas invois dikeluarkan, tempoh bercukai ialah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh invois dikeluarkan.
BILA CUKAI PERKHIDMATAN DIKENAKAN?
Cukai perkhidmatan dikenakan apabila invois yang dikeluarkan oleh syarikat bagi perkhidmatan yang disediakan atau jualan barang yang dibekalkan kepada pelanggan oleh orang yang kena membayar cukai
BILA CUKAI PERKHIDMATAN KENA DIBAYAR?
Cukai perkhidmatan kena dibayar kepada Jabatan Kastam :-
1. Apabila mendapat bayaran daripada pelanggan dalam suatu tempoh bercukai. Cukai perkhdimatan hendaklah dibayar dalam masa 28 hari selepas tamat tempog "tempoh bercukai" (taxable period) yang ditetapkan.
2. Jika pemegan lesen tidak mendapat bayaran selepas invois dikeluarkan, cukai perkhidmatan hendaklah dibayar dalam masa 28 hari selepas tempoh 12 bulan dari tarikh invois dikeluarkan.
CARA PEMBAYARAN CUKAI PERKHIDMATAN
Bayaran hendaklah dibuat dengan mengikrarkan nilai perkhidmatan/jualan melalui Borang C.P. No. 3 dalam tiga salinan kepada Jabatan Kastam di tempat perniagaan dilesenkan. Pembayaran cukai perkhidmatan mestilah diserahkan bersama-sama Borang C.P. No. 3. Bayaran boleh dibuat dengan :-
1. Wang tunai;
2. Kiriman pos atau kiriman wang; atau
3. Cek atau Bank Draf, atas nama Pengarah Kastam Negeri di tempat cukai tersebut dibayar.
PENALTI LEWAT MEMBAYAR CUKAI
Jika bayaran cukai perkhidmatan tidak dibuat dalam tempoh 28 hari selepas tamat tempoh bercukai, penalti 10% daripada amoun cukai yang kena dibayar akan dikenakan. Jika cukai masih belum dibayar, penalti akan bertambah 10% bagi setiap 30 hari berikutnya sehingga jumla maksimum penalti menjadi 50%.
INBOIS
Inbois yang dikeluarkan bagi penyediaan perkhidmatan bercukai hendaklah :-
1. Disediakan dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
2. Amaun cukai perkhidmatan yang dikenakan dalam invois hendaklah diasingkan daripada jumlah nilai perkhidmatan yang disediakan.
Penghantaran invois melalui komputer secara elektronik kepada pelanggan dibenarkan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Kastam terlebih dahulu.
TANGGUNGJAWAB MENYIMPAN REKOD
Tiap-taip pemegang lesen dikehendaki menyenggarakan dan menyimpan rekod-rekod yang lengkap dan benar dengan kemaskini bagi semua urusniaga perkhidmatan-perkhidmatan atau barang-barang yang kena dibayar cukai dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Rekod hendaklah disimpan selama enam (6) tahun dari tarikh terakhir pada buku-buku akaun, rekod-rekod dan invois-invois berkenaan.
PENGECUALIAN, BAYARAN BALIK DAN REMISI DIBAWAH KUASA MENTERI KEWANGAN
Menteri Kewangan boleh dalam sesuatu keadaan tertentu mengikut kuasa di bawah seksyen 6 Akta Cukai Perkhidmatan 1975 :-
1. Mengecualikan orang atau perkhidmatan daripada dikenakan cukai.
2. Memulangkan balik cukai atau penalti cukai perkhidmatan yang telah dibayar
Menteri Kewangan boleh dalam sesuatu keadaan tertentu mengikut kuasa di bawah seksyen 22 Akta Cukai Perkhidmatan 1975, meremitkan cukai atau penalti cukai perkhidmatan.
BAYARAN BALIK CUKAI PERKHIDMATAN
1. Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan bayaran balik cukai perkhidmatan yang tersilap bayar dibawah peruntukan seksyen 21 Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Peraturan 15 dan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
2. Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan bayaran balik cukai perkhidmatan atas hutang lapok mengikut peruntukkan dia bawah seksyen 21B Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan syarat-syarat di bawah Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
SISTEM KONTRA
Sistem Kontra ialah satu mekanisme di bawah peruntukan seksyen 21A Akta Cukai Perkhidmatan 1975, yang membolehkan pemegang lesen dibenarkan menolak cukai perkhidmatan yang telah dipulangkan kepada pelanggan atas sebab-sebab tertentu melalui penyata cukai perkhidmatan (C.P. No. 3). Penolakan cukai dibenarkan dalam transaksi berikut :-
1. Diskaun tertangguh.
2. Pengurangan atau penyesuai harga.
3. Transaksi dipersetujui dibatalkan.
4. Polisi insurans dibatalkan sebelum tamat tempoh.
PENGGULUNGAN DAN PENERIMAAN
Penggulung dan penerima syarikat kepada syarikat berlsen cukai perkhidmatan dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarik perlantikannya. Mereka hendaklah mengenepikan sejumlah wang yang cukup untuk membayar apa-apa cukai perkhidmatan yang sepatutnya dijelaskan oleh pemegan lesen sebelum melupuskan apa-apa harta syarikat.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DALAM KUMPULAN YANG SAMA BERKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 2003
Perkhidmatan perakaunan, guaman, kejuruteraan, senibina, jurukur, penilai, penaksir, ejen hartanah, perundingan dan perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh syarikat dalam satu kumpulan kepada syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama (intra-group) tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
Intra-group ialah apabila dua atau lebih syarikat dalam suatu kumpulan syarikat yang sama, jika satu syarikat kawal satu daripada yang lain atau syarikat kawal semua yang lain. Syarikat dianggap mengawal satu daripada yang lain atau syarikat kawal semua yang lain apabila :
1. Pegangan saham dalam syarikat subsidiari lebih 50% saham yang diterbitkan.
2. Pegangan saham dalam syarikat bersekutu 20% hingga 50% saham yang diterbitkan dengan syarat syarikat mempunyai kuasa eksekutif ke atas lembaga pengarah syarikat bersekutu tersebut.
Saham disifatkan sebagai tidak dipegang oleh syarikat jika pegangan saham dibuat melalui :-
1. Nominee.
2. Kewajipan fidusiari.
3. Peruntukan debentur, pesuratan amanah untuk mengapatkan debentur atau aktiviti meminjam wang.
MAKLUMAT LANJUT
Orang awam yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan, sila hubungi :-
Bahagian Cukai Dalaman,
Menara Kastam Johor,
Karung Berkunci 780,
80350 Johor Bahru, Johor.
Tel.: (607) 220 2042 Faks: (607) 227 5855