Sambungan...
MAKLUMAT LELONG
6. Tiap-tiap pembeli hendaklah memberitahu nama penuh, nombor Kad Pengenalan dan alamatnya kepada Pegawai Pelelong sebelum lelongan bermula.
7. Pembeli yang berjaya dikehendaki membayar 100% harga jualan atau 10% dari harga tawaran sebagai pendahuluan. Bakinya hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 hari dari tarikh lelong. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan wang pendahuluan dilucuthak dan barang-barang terbabit akan dijual oleh Jabatan mengikut cara yang difikirkan berpatutan. Barang-barang yang telah dibayar sepenuhnya hendaklah diambil dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran dijelaskan sepenuhnya. Sekiranya penawar yang berjaya gagal mengambil barangnya, Kerajaan berhak untuk melupuskan barang-barang tersebut mengikut cara yang difikirkan berpatutan.
8. Hanya Wang Tunai, Cashier Order dan Banker''s Cheque diterima untuk pembayaran.
TENDER KENDERAAN BERMOTOR
Semua kenderaan lucuthak hendaklah dilupuskan dengan cara ditender sahaja kepada orang awam. Kenderaan yang boleh ditender termasuklah kenderaan mewah, kenderaan yang boleh didaftarkan semula di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan/atau kenderaan yang dikelaskan sebagai besi buruk termasuk kenderaan yang tidak boleh didaftarkan dengan pihak JPJ.
SYARAT-SYARAT JUALAN MELALUI TENDER
1. Tawaran hendaklah dibuat atas nama penender yang mana borang tawaran telah dikeluarkan sahaja. Apa-apa nama/nama-nama (Third Party) dalam Borang Tawaran selain daripada penender yang asal akan menyebabkan tawaran ini dibatalkan.
2. Deposit tender sebanyak 10% daripada harga rezab tertakluk kepada maksimum RM 10,000.00 dan minima RM 25.00 dalam resit Kew. 38 atau borang terimaan cagaran atas nama Pengarah Kastam Negeri hendaklah disertakan bersama borang tawaran. Deposit tender hendaklah dalam bentuk wang tunai, wang pos, draf bank atau Cashiers’ Order atas nama Pengarah Kastam Negeri. Tawaran tanpa deposit tender tidak akan dipertimbangkan. Deposit tender akan diselaraskan atau dikembalikan mengikut mana yang berkenaan setelah keputusan tender diperolehi.
3. Penender yang berjaya hendaklah membuat bayaran penuh berkaitan dengan lot-lot yang ditawarkan kepadanya dalam tempoh empatbelas (14) hari dari tarikh beliau menerima surat tawaran. Kegagalan berbuat demikian, deposit tender akan dilucuthak dan Jabatan akan melupuskan lot-lot yang ditawarkannya dengan apa-apa cara yang difikirkan sesuai.
4. Penender yang telah membuat pembayaran hendaklah menyelesaikan pengambilan lot-lot tersebut dari premis Jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari mulai dari tarikh bayaran sepenuhnya dibuat. Jika penender masih gagal mengambil lot-lot berkenaan, tawaran dianggap terbatal dan deposit tender akan dilucuthak. Lot-lot tersebut akan dilupuskan semula oleh kerajaan dengan apa-apa cara yang difikirkan sesuai.
5. Deposit tender untuk penender yang tidak berjaya akan dikembalikan terus kepada penender yang berkenaan.
6. Semua kenderaan adalah dijual "sebagaimana (as is) dimana (where is)" dalam keadaan semasa penjualan dan penender-penender hendaklah berpuashati dengan keadaan kenderaan ini sebelum penjualan.
Sambungan...
SYARAT-SYARAT JUALAN MELALUI TENDER
7. Jabatan ini tidak menjamin keadaan, kualiti atau butir-butir mengenai kenderaan/lain-lain barang yang hendak dijual.
8. Harga tawaran adalah harga bersih. Penender yang berjaya tidak dikenakan cukai kerajaan yang berkenaan (seperti duti eksais/duti import dan cukai jualan).
9. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi atau mana-mana tawaran.
10. Kenderaan boleh diperiksa ditempat, tarikh dan masa seperti yang dinyatakan dalam notis tender.
11. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas lot-lot yang telah dijual.
12. Semua perbelanjaan bagi mengangkut lot-lot yang telah dijual hendaklah ditanggung oleh penender sendiri.
Tempoh sahlaku tender adalah 3 bulan dari tarikh tender ditutup. Sekiranya penender menarik balik tawarannya dalam tempoh tersebut, deposit tendernya akan dilucuthak kepada kerajaan.