Sambungan...
PROSIDUR LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA
3. TANGGUNGJAWAB MENYIMPAN REKOD
Pengeluar hendaklah menyimpan bukan akaun atau rekod pengeluaran barang- barang ditetapkan dengan tepat dan benar dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Buku akaun atau rekod itu hendaklah dikekalkan selama tempoh enam (6) tahun dari tarikh yang terakhir berkenaan dengan pengeluaran barang-barang ditetapkan yang berkaitan dengan rekod itu.
4. LAIN-LAIN
Pengeluar dikehendaki memaklum kepada Pegawai Kanan Kastam di mana premisnya didaftar jika berlaku perubahan seperti pertukaran kedudukan berkongsi, pemindahan hak milik, pertukaran status syarikat seperti alamat atau nama syarikat.
5. WAKTU KERJA
Bagi maksud menerima penyata dan pembayaran levi dan penalti waktu urusan ialah pada Hari kerja penuh Kerajaan dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang
BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN
Borang-borang yang ditetapkan bagi tujuan Levi Keuntungan Luar Biasa ialah :-
1. WPA No. 1 - Permohonan untuk didaftar
2. WPA No. 2 - Sijil Pendaftaran
3. WPA No. 3 - Penyata pengeluaran bulanan/bayaran levi
4. JKED No. 2 - Permohonan pembayaran balik levi
5. WPA No. 4 - Tawaran kompaun
6. WPA No. 5 - Penerimaan kompoun
PERUNDANGAN YANG TERLIBAT
Borang-borang yang ditetapkan bagi tujuan Levi Keuntungan Luar Biasa ialah :-
1. Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592)
2. Peraturan-Peraturan Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (P.U.(A)493)
3. Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kepala Sawit Mentah Dan Minyak Isirong Sawit Mentah) 1998 (P.U.(A)494)