Untitled Document
 
 





       
 
" Saya berjanji setia kepada Nabi S.A.W akan mendengar dan mematuhi perintah, lalu beliau mengajarkan kepada saya berkenaan dengan apa yang saya sanggupi dan mengajarkan pula supaya jujur kepada setiap Muslim ".
 
Sahih Bukhari
 
 
:: Cukai Dalaman => Kawalan Petroleum
 
 
Sambungan...
AKTIVITI PETROLEUM HULUAN


1.2. PENGECUALIAN

       Pengecualian di bawah syarat-syarat I – VI Perintah Duti Kastam (Pengecualian)        1988 dan Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 ke atas barang-barang        yang tersenarai di dalam senarai pengecualian yang diluluskan oleh        Penbendaharaan (Master Exemption List).

       Barang-barang yang diluluskan ke atas syarikat-syarikat yang tersenarai di        bawah Butiran 126 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 98        Perintah Cukai Jualan 1980 yang menenpati syarat-syarat I – VIII.

2. AKTIVITI PETROLEUM HILIRAN

2.1. KAWALAN

       Pelesenan logi-logi penapisan/gudang berlesen yang mengeluarkan petroleum        siap yang bercukai di bawah Seksyen 13 Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen        65, Akta Kastam 1967.

       Kawalan diperingkat pengilangan / penapisan, penyimpanan dan pelepasan        keluaran siap petroleum.

       Hasil Pengeluaran Petroleum siap yang bercukai adalah :-
       a) Petrol
       b) Diesel
       c) Naphta
       d) Tops

2.2. PENGECUALIAN

       Bunkering

        i)   Kapal-kapal berikut layak memperolehi pembekalan bunkering              (pengecualian duti minyak diesel):-

             a)  Kapal-kapal yang berlayar di antara pelabuhan-pelabuhan di Malaysia              dengan pelabuhan-pelabuhan luar negara.

             b)  Kapal-kapal yang berlayar di antara Semenanjung dengan Malaysia Timor              sekiranya dalam perjalanan tersebut ia singgah di pelabuhan asing sekitar              Singapura atau di mana-mana pelabuhan di Indonesia. Bekalan bahan              petroleum berduti hanya boleh diberi bagi perjalanan tersebut sahaja
             iaitu Kapal nelayan laut dalam dan Kapal-kapal asing di perjalanan              antarabangsa.

       Pengecualian kepada Sektor Kerajaan

2.3. KEMUDAHAN

       Tuntutan Subsidi Petroleum (Diesel)

        i)   Kelayakan tuntutan:-

             a)  Syarikat-syarikat pengangkutan darat yang layak yang diluluskan oleh              Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

             b)  Syarikat Nelayan Laut Dalam yang diluluskan oleh Kementerian              Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

             c)   Jualan Runcit melalui stesen-stesen minyak.

       Tuntutan Subsidi Gas Cecair Petroleum (LPG)

        Tuntutan subsidi juga adalah diberikan kepada syarikat-syarikat petroleum yang         membotol LPG untuk kegunaan isi rumah (dalam bekas 11 hingga 14 kilogram).
:: Dasar & Keselamatan Privasi :: Peta Laman :: Piagam Pelanggan ::
Hakcipta Terpelihara Kastam Diraja Malaysia Johor
Kami Tidak Bertanggungjawab Diatas Segala Kerosakan Semasa Melayari Laman Web Ini