" Saya berjanji setia kepada Nabi S.A.W akan mendengar dan mematuhi perintah, lalu beliau mengajarkan kepada saya berkenaan dengan apa yang saya sanggupi dan mengajarkan pula supaya jujur kepada setiap Muslim ".
Sahih Bukhari
:: Perkhidmatan Teknik
PENGENALAN
Penjenisan barang bagi tujuan pengimportan, pengeksportan atau yang dikilang/ dikeluarkan oleh pengilang tempatan adalah menggunakan Perintah Duti Kastam 1996 berkuatkuasa pada 1 Januari 1996 yang diasaskan kepada Harmonized Commodity Description and Coding System atau ringkasnya Harmonized System (HS).Tujuan memperjeniskan barang yang diimport/dieksport atau dikilang adalah bagi menentukan kadar duti/cukai yang dikenakan sebagaimana diwartakan melalui Perintah Duti Kastam, di samping itu menentukan juga samada barangan berkenaan tertakluk kepada larangan import ataupun eksport di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) atau (Larangan Mengenai Eksport) atau sebaliknya.
KHIDMAT NASIHAT DAN PERMOHONAN PENJENISAN
Khidmat nasihat dan permohonan boleh diperolehi dari mana-mana Cawangan/Unit Penjenisan, Bahagian Perkidmatan Teknik yang terdapat di setiap negeri. Permohonan penjenisan hendaklah dibuat di dalam borang LAMPIRAN A dalam dua (2) salinan. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen/maklumat berikut:
1. Contoh dagangan.
2. Risalah.
3. Katalog.
4. Gambar (Jika tiada risalah atau katalog).
Sekiranya contoh dagangan dikemukakan untuk tujuan penjenisan, pemohon hendak mengemukakan contoh atau sample sebagaimana kuantiti yang ditetapkan melalui LAMPIRAN B. Atas sebab-sebab tertentu, jika sekiranya terdapat syarikat atau individu yang tidak bersetuju dengan mana-mana penjenisan yang dikeluarkan, mereka bolehlah membuat rayuan kepada Ibu Pejabat Kastam Diraja, Cawangan Penjenisan, Tarif & Gubalan. Setiap kes rayuan hendaklah disertakan dengan fakta-fakta yang relevan untuk pertimbangan ke:
Pengarah Kastam Negeri Johor Cawangan Perkhidmatan Teknik Ting. 7, Menara Kastam Larkin Karung Berkunci 780 80990 Johor Bharu TEL: 07-222 5666 FAX: 07-2227 6955
PENGENALAN
Malaysia telah melaksanakan penilaian kastam bagi barangan import berasas kepada Sistem Penilaian Kastam Pertubuhan Perdagangan Dunia, World Trade Organisation (WTO) atau ringkasnya sistem penilaian kastam WTO, mulai 1 Januari 2000. Tujuannya adalah untuk menyelaraskan supaya sistem penilaian kastam di Malaysia lebih telus dan konsisten dengan amalan-amalan diperingkat antarbangsa. Sistem penilaian ini berasaskan kepada harga sebenar barangan import, tidak boleh berasaskan kepada harga barangan buatan dalam negara pengimport dan tidak boleh dibuat secara arbitrary.Ianya juga hendaklah mengikut harga yang dijual dalam urusniaga biasa dan didalam suasana pasaran yang bersaing. Kaedah Penilaian Kastam dilaksanakan Secara Turutan Melalui:
1. Kaedah Nilai Transaksi (Nilai Urusniaga).
2. Kaedah Nilai Transaksi (Nilai Uruniaga) Barangan Sama.
3. Kaedah Nilai Transaksi (Nilai Urusniaga) Barangan Serupa.
4. Kaedah Nilai Tolakan.
5. Kaedah Nilai Campuran.
6. Kaedah Nilai Anjal.
Kaedah-kaedah penilaian tersebut dijelaskan dalam Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.
BAGAIMANA NILAI KASTAM DITENTUKAN?
Nilai Kastam bagi tujuan bayaran duti/ cukai bagi barangan import ditentukan melalui 6 kaedah secara turutan iaitu Kaedah Nilai Transaksi ,Kaedah Nilai Transaksi Barangan Sama, Kaedah Nilai Transaksi Barangan Serupa, Kaedah Nilai Tolakan, Kaedah Nilai Campuran dan Kaedah Nilai Anjal. Kaedah Nilai Transaksi adalah kaedah utama yang diguna pakai di Malaysia dimana ianya hendaklah mengandungi elemen-elemen nilai seperti berikut:
1. Nilai FOB (free on board).
2. Nilai insuran.
3. Nilai tambang.
4. Elemen-elemen pelarasan – komisen jualan dan brokerage, kos dan bayaran perkhidmatan kontena dan packing, Assists, royalty dan bayaran fi lessen, proceeds (keuntungan jualan semula selepas import yang di akru kepada pembekal (penjual).Jika elemen-elemen pelarasan ini belum dimasukkan dalam kiraan nilai FOB.
5. Atau dengan perkataan lain nilai kastam melalui kaedah ini adalah nilai CIF ( cost, insurance and freight) dan termasuk elemen-elemen pelarasan, jika sekiranya nilai CIF tersebut belum ditambah dengan elemen pelarasan.
KIRAAN NILAI KASTAM MELALUI KAEDAH NILAI (Kaedah Utama)
Sekiranya Perjanjian Jualbeli Dibuat atas nilai FOB (Free On Board) .Nilai Kastam hendaklah terdiri dari jumlah kos-kos berikut:
1. Kos barang-barang dalam nilai FOB, iaitu nilai FOB dalam inbois belian perlu ditukar dalam Ringgit Malaysia sekiranya pembelian dibuat bukan dalam Ringgit Malaysia . contoh : FOB Euro 7,050 x RM 4.7321 = RM 33,361.30) .
2. Kos barang-barang dalam nilai FOB, iaitu nilai FOB dalam inbois belian perlu ditukar dalam Ringgit Malaysia sekiranya pembelian dibuat bukan dalam Ringgit Malaysia . contoh : FOB Euro 7,050 x RM 4.7321 = RM 33,361.30).
3. Kos insuran yang berkaitan dengan pengangkutan barang-barang import dari negara pengeksport (penjual) sehingga barang-barang tersebut tiba di negara pengimport (pembeli). Iaitu kos insuran yang dibayar ( contoh:USD 20x RM 3.8000 = RM 76.00 ).
Oleh itu Nilai Kastam Barangan Import ialah = RM 33,361.30 + RM 722.00 + RM 76.00 = RM 34,159.30.Jumlah nilai kastam ini adalah nilai bagi tujuan bayaran duti/cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia .
Sekiranya Perjanjian Jualbeli Dibuat atas nilai CIF ( cost, insurance and freight). Nilai Kastam hendaklah terdiri dari jumlah kos-kos berikut:
1. Kos barang-barang dalam nilai CIF ,iaitu nilai CIF dalam inbois belian perlu ditukar dalam Ringgit Malaysia sekiranya pembelian dibuat bukan dalam Ringgit Malaysia . ( contoh : CIF Euro 8,050 x RM 4.7321 = RM 38,093.40)
Oleh itu Nilai Kastam Barangan Import ialah = RM 38,093.40.Jumlah nilai kastam ini adalah nilai bagi tujuan bayaran duti/cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia .
Penentuan nilai kastam melalui kaedah-kaedah lain dilaksanakan secara turutan sekiranya kaedah nilai transaksi (urusniaga) ditolak oleh pihak kastam, sila rujuk kepada Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.
KIRAAN NILAI KASTAM MELALUI KAEDAH NILAI (Kaedah Utama)
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengeluarkan setiap minggu kadar tukaran wang asing untuk tujuan pengiraan nilai bagi bayaran duti/ cukai.Kadar pertukaran ini diguna pakai jika sekiranya pembelian barang import di buat dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia.Senarai kadar pertukaran wang asing boleh di perolehi dari semua pejabat-pejabat kastam di seluruh Malaysia.
Kaedah Penilaian Kenderaan Penumpang Terpakai Yang Diimport Dari Luar Negeri Termasuk Labuan dan Langkawi (Individu). Pada masa ini kaedah penilaian kenderaan penumpang terpakai dilaksanakan berasaskan kepada Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999, selaras dengan maksud takrif nilai dibawah Seksyen 2 Akta Kastam 1967 seperti mana barangan import yang lain.
Contoh Pengiraan Duti/Cukai Ke atas Kenderaan Penumpang CBU (Completely Build Up) Baru :
Jenis Kenderaan : BMW Model Z4 2.0i Roadster (BZ12) Kapasiti injin : 1995 cc Nilai Warta/Nilai Kastam : CIF RM111,265.00
i) Duti Import 30% = Nilai Kastam X Kadar Duti Import
= CIF RM111,265 X 30%
= RM33,379.50
ii) Duti Eksais 80% = Nilai Kastam + Duti Import X Kadar Duti Eksais
(Mengikut = RM111,265 + RM33,379.50 X 80%
kapasiti enjin) = RM115,715.60
iii) Cukai Jualan 10% = Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais X Kadar Cukai Jualan
= RM111,265 + RM33,379.50 + RM115,715.60 X 10%
= RM26,036.01
Adakah sekatan dikenakan ke atas jualan selain sekatan yang
1) dikenakan atau dikehendaki oleh undang-undang Malaysia
2) menghadkan kawasan geografi barangan boleh dijual semula atau
3) tidak menjejaskan nilai barangan
Tandakan / pada kotak yang berkaitan
23
Adakah harga jual beli tertakluk kepada apa-apa syarat atau pertimbangan ?
Jika ya , nyatakan bentuk sekatan , syarat-syarat atau pertimbangan yang mana berkaitan .
Huraian hendaklah dinyatakan pada ruangan yang telah disediakan jika jawapannya ya
24
Adakah sebarang royalti/fi lesen berhubung dengan barangan diimport perlu dibayar oleh pembeli sebagai syarat jualan ?
Tandakan / pada kotak yang berkaitan
A
ASAS PENGIRAAN
25
Harga yang sebenar dibayar kepada penjual / konsainor dalam matawang asing.
Kadar tukaran wang
Catatkan harga sebenar dibayar atau kena dibayar kepada penujual / konsainor dalam matawang asing.
Catatkan kadar tukaran wang mengikut kadar yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja
Melalui Belanjawan Negara 1998, Menteri Kewangan telah mengumumkan kemudahan tambahan kepada para pengeksport, dimana kini mereka dibenarkan mengeksport barangan terlebih dahulu tanpa perlu mengemukakan Borang Kastam No. 2. Borang Kastam No. 2 hanya perlu dikemukakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perlepasan.
Kelayakan Dagangan
Semua barang-barang eksport layak menggunakan kemudahan ini kecuali:
1. Barang-barang yang tertakluk kepada tuntutan tarikbalik dibawah Seksyen 93 dan 99 Akta Kastam 1967.
2. Barang-barang yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998.
Cara eksport (mode of export) yang dibenarkan menggunakan kemudahan ini adalah yang melalui udara atau laut.
Permohonan Eksport
Dalam prosedur biasa, Borang Kastam No. 2 digunakan untuk tujuan permohonan dan pelepasan eksport. Bagi kemudahan di bawah sistem ini permohonan eksport boleh dibuat dengan menggunakan inbois, nota perkapalan dan lain-lain dokumen sokongan. Inbois digunakan sebagai menggantikan borang eksport, manakala nota perkapalan digunakan sebagai borang pemantauan ke atas Borang Kastam No. 2.