Untitled Document
 
 





       
 
" Saya berjanji setia kepada Nabi S.A.W akan mendengar dan mematuhi perintah, lalu beliau mengajarkan kepada saya berkenaan dengan apa yang saya sanggupi dan mengajarkan pula supaya jujur kepada setiap Muslim ".
 
Sahih Bukhari
 
 
:: Perkhidmatan Teknik
 
PENGENALAN

Penjenisan barang bagi tujuan pengimportan, pengeksportan atau yang dikilang/ dikeluarkan oleh pengilang tempatan adalah menggunakan Perintah Duti Kastam 1996 berkuatkuasa pada 1 Januari 1996 yang diasaskan kepada Harmonized Commodity Description and Coding System atau ringkasnya  Harmonized System (HS).Tujuan memperjeniskan barang yang diimport/dieksport atau dikilang adalah bagi menentukan  kadar duti/cukai yang dikenakan sebagaimana diwartakan melalui Perintah Duti Kastam, di samping itu menentukan juga samada barangan berkenaan tertakluk kepada larangan import ataupun eksport di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) atau (Larangan Mengenai Eksport) atau sebaliknya.


KHIDMAT NASIHAT DAN PERMOHONAN PENJENISAN

Khidmat nasihat dan permohonan boleh diperolehi dari mana-mana Cawangan/Unit Penjenisan, Bahagian Perkidmatan Teknik yang terdapat di setiap negeri. Permohonan penjenisan hendaklah dibuat di dalam borang  LAMPIRAN A dalam dua (2) salinan. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen/maklumat berikut:
   1. Contoh dagangan.
   2. Risalah.
   3. Katalog.
   4. Gambar (Jika tiada risalah atau katalog).

Sekiranya contoh dagangan dikemukakan untuk tujuan penjenisan, pemohon hendak mengemukakan contoh atau sample sebagaimana kuantiti yang ditetapkan melalui LAMPIRAN B. Atas sebab-sebab tertentu, jika sekiranya terdapat syarikat atau individu yang tidak bersetuju dengan mana-mana penjenisan yang dikeluarkan, mereka bolehlah membuat rayuan  kepada Ibu Pejabat Kastam Diraja, Cawangan Penjenisan, Tarif & Gubalan. Setiap kes rayuan hendaklah disertakan dengan fakta-fakta yang relevan untuk pertimbangan ke:

   Pengarah Kastam Negeri Johor
   Cawangan Perkhidmatan Teknik
   Ting. 7, Menara Kastam Larkin
   Karung Berkunci 780
   80990 Johor Bharu
   TEL: 07-222 5666 FAX: 07-2227 6955

PENGENALAN

Malaysia telah melaksanakan penilaian kastam bagi barangan import berasas kepada Sistem Penilaian Kastam Pertubuhan Perdagangan Dunia, World Trade Organisation (WTO) atau ringkasnya sistem penilaian kastam WTO, mulai 1 Januari 2000. Tujuannya adalah untuk menyelaraskan supaya sistem penilaian kastam di Malaysia lebih telus dan konsisten dengan amalan-amalan diperingkat  antarbangsa. Sistem penilaian ini berasaskan kepada harga sebenar barangan import, tidak boleh berasaskan kepada harga barangan buatan dalam negara pengimport dan tidak boleh dibuat secara arbitrary.Ianya juga hendaklah mengikut harga yang dijual dalam urusniaga biasa dan didalam suasana pasaran yang bersaing. Kaedah Penilaian Kastam dilaksanakan Secara Turutan Melalui:
   1. Kaedah Nilai Transaksi (Nilai Urusniaga).
   2. Kaedah Nilai Transaksi (Nilai Uruniaga) Barangan Sama.
   3. Kaedah Nilai Transaksi (Nilai Urusniaga) Barangan Serupa.
   4. Kaedah Nilai Tolakan.
   5. Kaedah Nilai Campuran.
   6. Kaedah Nilai Anjal.

Kaedah-kaedah penilaian tersebut dijelaskan dalam Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.

BAGAIMANA NILAI KASTAM DITENTUKAN?

Nilai Kastam bagi tujuan bayaran duti/ cukai bagi barangan import ditentukan melalui 6 kaedah secara turutan iaitu Kaedah Nilai Transaksi ,Kaedah Nilai Transaksi Barangan Sama, Kaedah Nilai Transaksi Barangan Serupa, Kaedah Nilai Tolakan, Kaedah Nilai Campuran dan Kaedah Nilai Anjal. Kaedah Nilai Transaksi adalah kaedah utama yang diguna pakai di Malaysia dimana ianya hendaklah mengandungi elemen-elemen nilai seperti berikut:
   1. Nilai FOB (free on board).
   2. Nilai insuran.
   3. Nilai tambang.
   4. Elemen-elemen pelarasan – komisen jualan dan brokerage, kos dan bayaran perkhidmatan kontena dan packing,         Assists, royalty dan bayaran fi lessen, proceeds (keuntungan jualan semula selepas import yang di akru kepada         pembekal (penjual).Jika elemen-elemen pelarasan ini belum dimasukkan dalam kiraan nilai FOB.
   5. Atau dengan perkataan lain nilai kastam melalui kaedah ini adalah nilai CIF ( cost, insurance and freight) dan termasuk         elemen-elemen pelarasan, jika sekiranya nilai CIF tersebut belum ditambah dengan elemen pelarasan.

KIRAAN NILAI KASTAM MELALUI KAEDAH NILAI (Kaedah Utama)

Sekiranya Perjanjian Jualbeli Dibuat atas nilai FOB (Free On Board) .Nilai Kastam hendaklah terdiri dari jumlah kos-kos berikut:


   1. Kos barang-barang dalam nilai FOB, iaitu nilai FOB dalam inbois belian perlu ditukar dalam Ringgit Malaysia sekiranya         pembelian dibuat bukan dalam Ringgit Malaysia . contoh : FOB Euro 7,050 x RM 4.7321 = RM 33,361.30) .
   2. Kos barang-barang dalam nilai FOB, iaitu nilai FOB dalam inbois belian perlu ditukar dalam Ringgit Malaysia sekiranya         pembelian dibuat bukan dalam Ringgit Malaysia . contoh : FOB Euro 7,050 x RM 4.7321 = RM 33,361.30).
   3. Kos insuran yang berkaitan dengan pengangkutan barang-barang import dari negara pengeksport (penjual) sehingga         barang-barang tersebut tiba di negara pengimport (pembeli). Iaitu kos insuran yang dibayar
        ( contoh:USD 20x RM 3.8000 = RM 76.00 ).

Oleh itu Nilai Kastam Barangan Import ialah = RM 33,361.30 + RM 722.00 + RM 76.00 = RM 34,159.30.Jumlah nilai kastam ini adalah nilai bagi tujuan bayaran duti/cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia .

Sekiranya Perjanjian Jualbeli Dibuat atas nilai CIF ( cost, insurance and freight). Nilai Kastam hendaklah terdiri dari jumlah kos-kos berikut:

   1. Kos barang-barang dalam nilai CIF ,iaitu nilai CIF dalam inbois belian perlu ditukar dalam Ringgit Malaysia sekiranya         pembelian dibuat bukan dalam Ringgit Malaysia .
        ( contoh : CIF Euro 8,050 x RM 4.7321 = RM 38,093.40)

Oleh itu Nilai Kastam Barangan Import ialah = RM 38,093.40.Jumlah nilai kastam ini adalah nilai bagi tujuan bayaran duti/cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia .

Penentuan nilai kastam melalui kaedah-kaedah lain dilaksanakan secara turutan sekiranya kaedah nilai transaksi (urusniaga) ditolak oleh pihak kastam, sila rujuk kepada Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.

KIRAAN NILAI KASTAM MELALUI KAEDAH NILAI (Kaedah Utama)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengeluarkan setiap minggu kadar tukaran wang asing untuk tujuan pengiraan nilai bagi bayaran duti/ cukai.Kadar pertukaran ini diguna pakai jika sekiranya pembelian barang import di buat dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia.Senarai kadar pertukaran wang asing boleh di perolehi dari semua pejabat-pejabat kastam di seluruh Malaysia.


Kaedah Penilaian Kenderaan Penumpang Terpakai Yang Diimport Dari Luar Negeri Termasuk Labuan dan Langkawi (Individu). Pada masa ini kaedah penilaian kenderaan penumpang terpakai dilaksanakan berasaskan kepada Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999, selaras dengan maksud takrif nilai dibawah Seksyen 2 Akta Kastam 1967 seperti mana barangan import yang lain.

Contoh Pengiraan Duti/Cukai Ke atas Kenderaan Penumpang CBU (Completely Build Up) Baru :
   Jenis Kenderaan     : BMW Model Z4 2.0i Roadster (BZ12)
   Kapasiti injin            : 1995 cc
   Nilai Warta/Nilai Kastam : CIF RM111,265.00

i)    Duti Import 30% = Nilai Kastam X Kadar Duti Import
                                        = CIF RM111,265 X 30%
                                        = RM33,379.50

ii)   Duti Eksais 80% = Nilai Kastam + Duti Import X Kadar Duti Eksais
      (Mengikut              = RM111,265 + RM33,379.50 X 80%
      kapasiti enjin)      = RM115,715.60

iii)  Cukai Jualan 10% = Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais X Kadar Cukai                                                                                                         Jualan
                                         = RM111,265 + RM33,379.50 + RM115,715.60 X 10%
                                         = RM26,036.01

Jumlah Duti/Cukai Kena Bayar = (i) + (ii) + (iii)
                                                           = Duti Import + Duti Eksais + Cukai Jualan
                                                           = RM175,131.11

KETERANGAN K1 (A)


 RUANG 


 TAJUK BUTIRAN 


 KETERANGAN 

36
  Duti kastam dan cukai lain yang
  dimasukkan ke dalam harga yang
  sebenar dibayar atau kena dibayar di
  Malaysia atas sebab pengimportan
  barangan tersebut
  Catatkan amaun berkaitan yang perlu dibayar

JUMLAH C
Catatkan jumlah kos-kos dari no.33-35
37
  NILAI DIIKRAR ( A+B-C)
  Catatkan jumlah nilai yang diikrar iaitu jumlah A+B-C
38
  Nama Pengimport
  Catatkan nama pengimport
39
  No.Kad Pengenalan / Pasport
  Masukkan nombor kad pengenalan atau pasport pengimport dalam kotak
  yang disediakan
40
  i)   Saya mengesahkan bahawa        butir-butir diatas benar dan betul        dalam segala hal.

  ii)  Saya juga bertanggungjawab untuk        memaklumkan kepada Pegawai        Kastam Yang Hak apa-apa juga        maklumat yang seterusnya akan        saya ketahui yang ada kaitan atas        penilaian barangan ini





  Ruangan ini disediakan bagi orang membuat ikrar untuk menurunkan
  tandatangan dan mencatatkan tarikh


  Tandatangan Pengimport

  Semua maklumat berkaitan yang diisi dalam borang K1A hendaklah
  ditandatangani sama ada Pengarah / Setiausaha Syarikat atau Rakan
  Kongsi Selain itu, Pegawai-pegawai yang setaraf dengan jawatan tersebut
  serta mempunyai kuasa dan bertanggungjawab ke atas syarikat
  berkenaan juga dibenarkan menandatangani diborang K1A. Orang yang
  tidak bertugas dengan syarikat berkenaan tidak dibenarkan
  menandatangani K1A walaupun ianya dilantik oleh pihak syarikat , iaitu
  seperti wakil syarikat penghantaran atau mana-mana syarikat konsultan


                                                            [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ]
EKSPORT BARANGAN TANPA K2

      Melalui Belanjawan Negara 1998, Menteri Kewangan telah mengumumkan kemudahan tambahan kepada para pengeksport, dimana kini mereka dibenarkan mengeksport barangan terlebih dahulu tanpa perlu mengemukakan Borang Kastam No. 2. Borang Kastam No. 2 hanya perlu dikemukakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perlepasan.



Kelayakan Dagangan

Semua barang-barang eksport layak menggunakan kemudahan ini kecuali:

   1. Barang-barang yang tertakluk kepada tuntutan tarikbalik dibawah Seksyen 93 dan 99 Akta Kastam 1967.
   2. Barang-barang yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998.

Cara eksport (mode of export) yang dibenarkan menggunakan kemudahan ini adalah yang melalui udara atau laut.


Permohonan Eksport

Dalam prosedur biasa, Borang Kastam No. 2 digunakan untuk tujuan permohonan dan pelepasan eksport. Bagi kemudahan di bawah sistem ini permohonan eksport boleh dibuat dengan menggunakan inbois, nota perkapalan dan lain-lain dokumen sokongan. Inbois digunakan sebagai menggantikan borang eksport, manakala nota perkapalan digunakan sebagai borang pemantauan ke atas Borang Kastam No. 2.

:: Dasar & Keselamatan Privasi :: Peta Laman :: Piagam Pelanggan ::
Hakcipta Terpelihara Kastam Diraja Malaysia Johor
Kami Tidak Bertanggungjawab Diatas Segala Kerosakan Semasa Melayari Laman Web Ini